Perkaitan dan Algebra Set 10

Soalan 1:

Permudahkan nisbah 42:64


Soalan 2:

Harga sebuah buku ialah RM 4.80 dan RM 0.80 bagi sebuah pemadam. Berapakah nisbah sebuah pemadam kepada jumlah harga sebuah buku dan sebuah pemadam?


Soalan 3:

4/25:x/100. Berapakah nilai x ?


Soalan 4:

Berapakah nisbah sisi heksagon kepada sisi oktagon?


Soalan 5:

Berapakah pecahan bagi nisbah 29:87?


Soalan 6:

Di dalam sebuah kotak terdapat 50 biji guli. 40% dariapada guli itu berwarna merah dan selebihnya berwarna kuning. Berapakah nisbah bilangan guli berwarna merah kepada bilangan guli berwarna kuning?


Soalan 7:

Berapakah nisbah huruf A kepada huruf bukan A di dalam perkataan MALAYSIA ?


Soalan 8:

Dalam sebuah ujian Matematik, bilangan murid yang gagal ialah 42 orang manakala bilangan murid yang lulus mewakili 70%. Hitungkan bilangan murid yang lulus ujian tersebut ?


Soalan 9:

Terdapat pen merah dan biru di dalam sebuah kotak. Bilangan pen merah ialah 15 batang. Hitung jumlah bilangan pen jika nisbah pen merah kepada pen biru ialah 3:4


Soalan 10:

Kotak X mempunyai 65 biji bola. Kotak Y mempunyai 10 biji bola kurang daripada kotak X manakala kotak Z mempunyai 35 biji bola lebih daripada kotak Y. Hitungkan nisbah bola kotak Y kepada kotak Z


Kongsi Set

Semak keputusan anda dengan menghantar jawapan

Statistik Set

Matematik Tahun 6
10 soalan
209 kali dilihat
24 kali dijawab

Statistik Keseluruhan

Jumlah Subjek 22
Jumlah Set 293
Jumlah Soalan 3037
Jumlah Set Dijawab 29332

UjiMinda @ Facebook