Perkaitan & Algebra Set 17

Soalan 1:

Nisbah bilangan buah mangga kepada buah limau ialah 2:3. Jumlah buah mangga dan limau ialah 105 biji. Hitung bilangan buah mangga.


Soalan 2:

Di dalam sebuah bekas, terdapat 24 biji manik merah. Nisbah bilangan manik merah kepada bilangan manik biru ialah 1:3. Hitung bilangan manik biru


Soalan 3:

Bilangan pensel ialah 7 batang manakala bilangan pen pula ialah kurang tiga daripada pensel. Nyatakan nisbah bilangan pen kepada pensel


Soalan 4:

Pak Samad memelihara 20 ekor lembu betina. Nisbah bilangan lembu jantan kepada lembu betina ialah 1:4. Berapakah bilangan lembu jantan?


Soalan 5:

Sebuah kampit mengandungi 42 biji batu berwarna putih dan 58 biji batu bewarna kelabu. Nyatakan nisbah bilangan batu putih kepada kesemua batu


Soalan 6:

Jarak antara bandar A dan bandar B ialah 34 km. Jarak antara bandar B dan bandar C ialah 238 km. Berapakah nisbah jarak antara bandar A dan bandar B kepada jarak antara bandar B dan bandar C


Soalan 7:

Nisbah 2 kepada 5 ditulis sebagai


Soalan 8:

Pak Jusoh mengutip 4 kg duku, 2 kg mangga dan 3 kg rambutan di dusunnya. Nyatakan nisbah buah mangga kepada kesemua buah yang dikutipnya


Soalan 9:

Nisbah harga jualan roti canai kepada nasi lemak ialah 3:8. Beza antara harga jualan roti canai dan nasi lemak ialah RM 25. Hitung harga jualan roti canai


Soalan 10:

Bilangan kereta di sebuah tempat meletak kereta ialah 23 buah manakala bilangan motosikal ialah 27 lebih daripada kereta. Nyatakan nisbah bilangan kereta kepada motosikal


Kongsi Set

Semak keputusan anda dengan menghantar jawapan

Statistik Set

Matematik Tahun 5
10 soalan
200 kali dilihat
9 kali dijawab

Statistik Keseluruhan

Jumlah Subjek 22
Jumlah Set 293
Jumlah Soalan 3037
Jumlah Set Dijawab 29332

UjiMinda @ Facebook