Soalan 1:
Pihak sekolah telah mengadakan program motivasi bersama kaunselor berpengalaman ________ pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.
Soalan 2:
_________ ingin berjaya dalam hidup,kita mesti rajin berusaha.
Soalan 3:
Encik Ramli menasihati Yusri dan rakannya ________ tidak bermain di tepi jalan.
Soalan 4:
Saya akan ke rumah kamu, ________ hari ini ________ esok.
Soalan 5:
Kamal telah banyak berubah ________ keluar dari Pusat Serenti itu.
Soalan 6:
Nurul sempat membaca buku ________ menunggu ayahnya datang.
Soalan 7:
Kita mestilah saling menghormati antara satu sama lain, _______ kaya _______ miskin.
Soalan 8:
Kementerian Pendidikan telah mengumumkan _________ seisi persekolahan 2009 akan ditunda beberapa hari lagi kerana bencana banjir yang melanda.
Soalan 9:
Datuk akan terus bertani _________ kesihatan badannya mengizinkan.
Soalan 10:
Adik menangis ________ dimarahi ________ ayah.
Kongsi Set