Soalan 1:
"Jam tangan ______ adalah hadiah daripada ayah kepada saya kerana berjaya mendapat tempat pertama dalam peperiksaan yang lepas," kata Amira kepada Salmah.
Soalan 2:
Rumah banglo di atas bukit _______ adalah kepunyaan Dato Mustafah Maarof.
Soalan 3:
"Beberapa deretan rumah kedai di kawasan ______ musnah dalam kebakaran akibat litar pintas," lapor wartawan yang bertugas secara lansung.
Soalan 4:
"_______ adalah pemberian ikhlas daripada seorang teman yang sentiasa mengingati awak," kata Sharul kepada Nadiah.
Soalan 5:
"_______lah cerita sebenarnya encik," cerita Pak Usop kepada anggota polis ______.
Soalan 6:
"________lah nasib pemandu teksi,tidak selalunya untung," kata Pak Abu kepada pelanggannya.
Soalan 7:
Raju telah disaman oleh anggota polis ______ kerana memandu dalam keadaan mabuk.
Soalan 8:
"Hanya dengan cara _______ kita dapat menyelesaikan masalah kampung kita," kata Datuk Penghulu.
Soalan 9:
"Di _______ ada sebuah bukit yang banyak menyimpan harta karun," cerita Pak Ali kepada pemuda yang baru sahaja sampai di kampung itu.
Soalan 10:
"Saya telah letakkan barang ______ di ______," kata Salmi sambil menunjukkan ke arah barang ______.
Kongsi Set