Kata Ganti Nama Diri Set 3

Soalan 1:
"Mari _______ bersama-sama bergotong-royong membersihkan padang sekolah ini,"kata Cikgu Samad kepada murid-muridnya.

Soalan 2:
"______ seorang kawan yang baik,selalu membantu ______ dalam kesusahan," kata Amira kepada Nadiah.

Soalan 3:
"Kenapa ______ tidak datang ke sekolah semalam?" tanya Zafrul kepada Haikal.

Soalan 4:
Kejayaan pasukan bola sepak negara dalam perlawanan separuh akhir itu telah membuatkan ________ semakin bersemangat untuk bertanding diperingkat akhir.

Soalan 5:
"________ mendapat banyak hadiah hari jadi daripada kawan-kawan______," cerita Zafran kepada Azrin yang juga kawannya.

Soalan 6:
"_______ semua disarankan tidur secukupnya untuk kecerdasan disiang hari," kata guru itu kepada para pelajar.

Soalan 7:
"_______ kelihatan amat cantik sekali malam ini," puji pemuda itu kepada Saloma.

Soalan 8:
"Semasa kejadian kebakaran itu, ______ sempat mencari jalan keluar untuk menyelamatkan nyawa saya dan anak saya," cerita Kok Hwa kepada wartawan itu.

Soalan 9:
Berkat usahanya yang berterusan, _________ berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Soalan 10:
"_______ sungguh gembira sekali melihat negeri ini aman dan makmur," titah Sultan kepada rakyat jelata.

Kongsi Set

Semak keputusan anda dengan menghantar jawapan

Statistik Set

Bahasa Melayu Tahun 6
10 soalan
104 kali dilihat
28 kali dijawab

Statistik Keseluruhan

Jumlah Subjek 22
Jumlah Set 293
Jumlah Soalan 3037
Jumlah Set Dijawab 25583

UjiMinda @ Facebook