Kata Ganti Nama Diri Set 2

Soalan 1:
"Mari _______ bersama-sama menyumbangkan bantuan bagi mangsa-mangsa banjir di pantai timur,"kata Cikgu Halim kepada murid-muridnya.

Soalan 2:
"Kita menjemput _________ Ibrahim Durum wakil rakyat kawasan Masjid Tanah untuk merasmikan projek ikan air tawar pada petang ini,"kata pengerusi majlis.

Soalan 3:
"Kenapa ______ tidak datang di majlis hari jadi saya semalam?" tanya Kamil kepada Diana.

Soalan 4:
" Sebagai Guru Besar sekolah ini,________ sungguh berbangga dengan pencapaian akedemik pelajar-pelajar kita," kata Guru Besar kepada guru-gurunya.

Soalan 5:
"________ mendapat banyak hadiah hari jadi daripada kawan-kawan______," cerita Hadi kepada Izzudin yang juga kawannya.

Soalan 6:
"______ merupakan seorang guru yang amat berdedikasi," cerita Nisa kepada ibunya.

Soalan 7:
"_______ kelihatan amat cantik sekali berbaju kurung," puji pemuda itu kepada Narisha.

Soalan 8:
"_______ dengan ini memberi jawatan Pengurus Pemasaran kepada anda atas kejayaan anda menaikkan prestasi syarikat," Kata Dato Kamarul kepada pekerjanya itu.

Soalan 9:
Polis telah datang menyerbu ke sebuah rumah kerana mengesyaki penghuninya terbabit dalam banyak kes pecah rumah di kawasan itu. _______ berjaya ditangkap selepas polis mengepung rumah itu.

Soalan 10:
"Sebagai sultan yang berdaulat di negeri Melaka, ________ arahkan Hang Tuah dibunuh kerana menderhaka kepada ________.

Kongsi Set

Semak keputusan anda dengan menghantar jawapan

Statistik Set

Bahasa Melayu Tahun 6
10 soalan
146 kali dilihat
33 kali dijawab

Statistik Keseluruhan

Jumlah Subjek 22
Jumlah Set 293
Jumlah Soalan 3037
Jumlah Set Dijawab 29332

UjiMinda @ Facebook