Kata Ganti Nama Set 1

Soalan 1:
"Saya ingin menjemput _______ datang ke majlis hari jadi saya," kata Fina kepada Hadi.

Soalan 2:
"_______ dengan ini melantik kamu sebagai hulubalang Melaka," titah sultan kepada Hang Tuah.

Soalan 3:
Kejayaan Farah dalam peperiksaan telah dirai oleh ________nya.

Soalan 4:
Setiap orang perlu mengamalkan diet yang seimbang demi kesihatan ________ .

Soalan 5:
" Dipersilakan _______ Tuan Pengetua untuk memberikan ucapannya," pelawa Tuan Pengerusi majlis.

Soalan 6:
" ______ dengan ini menjunjung perintah tuanku," kata Pak Kaduk kepada raja.

Soalan 7:
Hafizah sedang membeli kek hari jadi kawannya. _______ juga membeli seutas jam sebagai hadiah hari jadi.

Soalan 8:
" Kenapa _______ tidak siapkan kerja sekolah yang diberi?" tanya cikgu kepada Amir.

Soalan 9:
________ wakil rakyat telah dijemput untuk merasmikan projek ikan air tawar kawasan itu.

Soalan 10:
" Baju yang ______ tempah semalam akan siap seminggu lagi," kata tukang jahit kepada ibu.

Kongsi Set

Semak keputusan anda dengan menghantar jawapan

Statistik Set

Bahasa Melayu Tahun 5
10 soalan
145 kali dilihat
27 kali dijawab

Statistik Keseluruhan

Jumlah Subjek 22
Jumlah Set 293
Jumlah Soalan 3037
Jumlah Set Dijawab 25582

UjiMinda @ Facebook